SYARAT PERTANDINGAN PERBARISAN
KEJOHANAN SUKAN PADANG & BALAPAN MSS SABAH 2014
1. Terbuka kepada semua kontinjen yang menyertai Kejohanan Sukan Balapan &
Padang MSS SABAH 2014.
2. Bilangan peserta setiap pasukan hendaklah seramai 35 hingga 50 orang
termasuk pembawa papan tanda dan pembawa bendera.
3. Sekiranya setiap pasukan mempunyai bilangan peseta yang
tidak mencukupi atau lebih akan ditolak 1 markah bagi setiap peserta
yang kurang atau lebih tersebut.
4. Maskot sekiranya ada tidak termasuk di dalam bilangan peserta
dalam syarat (2) di atas dan permarkahan maskot tidak dikira secara
berasingan sebaliknya ia termasuk di dalam kriteria kreativiti.
5. Setiap pasukan hendaklah dalam TIGA barisan dan mesti didahului oleh
pembawa bendera.
6. Kedudukan peserta perbarisan adalah seperti berikut:
(i)
Pembawa bendera
(ii)
Pembawa papan tanda
(iii)
Ketua pasukan (komander)
(iv)
Kedudukan dan pergerakan maskot (sekiranya ada) adalah
bebas
7. Persembahan gimik di hadapan pentas utama adalah TIDAK DIBENARKAN DAN
AKAN DITOLAK 10 MARKAH.
8. Pemarkahan akan diambilkira dari permulaan masuk ke stadium sehingga lafaz
perasmian dilakukan oleh perasmi.
9. Setiap pasukan hendaklah bersedia di tempat permulaan yang ditentukan oleh
penganjur pada masa yang ditetapkan.
PENGHAKIMAN
1. Para hakim akan ditentukan oleh pihak pengelola.
2. Perkara-perkara yang akan dihakimkan ialah:
(i)
Keseragaman pakaian - 30
(ii)
Kawad lintas hormat - 30
(iii)
Kreativiti - 30
(iv)
Disiplin - 10
3. Cara pengiraan markah:
(i)
Markah keseluruhan akan dijumlahkan berdasarkan markah
yang diperolehi daripada setiap kriteria permarkahan dalam 2(i-iv).
(ii)
Markah yang akan ditolak akan dijumlahkan (sekiranya
ada) dan akan ditolak daripada markah keseluruhan dalam 3(i).
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment